Sunday, April 21, 2013

TANGGUNGJAWAB DAN HASIL GAJI YANG BERKAT





 Tanggungjawab guru yang utama ialah mengajar. Semua orang sudah sedia maklum. Tugas lain seperti mengurus atau melaksanakan aktiviti sekolah adalah tanggungjawab sampingan.Kedua duanya sama penting. Tanpa pengurusan yang baik sekolah akan tunggang langgang. Ibaratnya seperti negara tanpa kerajaan, masjid tanpa bilal dan imam.Guru haruslah masuk ke kelas yang di ajarnya, tanpa mengenal siapa kita. Biarpun kita pentadbir yang hebat.Kasihanilah  murid yang anda tinggalkan itu. Apa lagi yang anda ajar itu ialah subjek utama, yang berat  pelajarannya.  Jadikanlah gaji anda berkat. Jangan makan duit yang haram. Tidak melaksanakan tugas tetapi mengambil gaji darinya seumpama makan duit haram



Monday, April 8, 2013

JADUAL PENYEMAKAN BUKU MURID


sk jepaklogo2
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JEPAK ( YBA9102)
d/a, PEJABAT PELAJARAN DAERAH,
KM 5, JALAN SULTAN ISKANDAR,
97000   BINTULU, SARAWAK.
 

Telefon:  086 - 201273 / 201921                                                                                                                    Faks:086-201784                                   
Tuan-Puan,
Merujuk kepada mesyuarat Kurikulum (1) pada 07 Januari 2013 (Isnin) bertempat di Makmal Komputer SK Jepak meminta kepada semua Ketua Panitia Pelajaran agar melaksanakan pemantauan serta membuat penyemakan terhadap buku latihan@aktiviti murid.
Di harapkan kepada semua ahli panitia agama islam agar dapat membuat penyemakan secara berkala dan teratur serta dapat  memberikan kerjasama kepada Ketua Panitia dalam tempoh pemantauan yang ditetapkan sebagaimana jadual di bawah.
JADUAL PENYEMAKAN SEMESTER 1
BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM ( BUKU LATIHAN )

Bulan
Kelas
Tarikh
Februari
6 Hijau
28/1 – 01/02/2013

6 Biru
28/1 – 01/02/2013

6 Merah
28/1 – 01/02/2013

6 Kuning
28/1 – 01/02/2013

5 Hijau
04-08/02/2013

5 Biru
04-08/02/2013

5 Merah
04-08/02/2013

5 Kuning
04-08/02/2013

4 Hijau
11-15/02/2013

4 Biru
11-15/02/2013

4  Merah
11-15/02/2013

4  Kuning
11-15/02/2013
Mac
1 Hijau
25/2 – 01/03/2013

1 Biru
25/2 – 01/03/2013

1 Merah
25/2 – 01/03/2013

1 Kuning
25/2 – 01/03/2013

2 Hijau
04-08/03/2013

2 Biru
04-08/03/2013

2 Merah
04-08/03/2013

2 Kuning
04-08/03/2013

3 Hijau
18-21/03/2013

3 Biru
18-21/03/2013

3  Merah
18-21/03/2013

3  Kuning
18-21/03/2013

April
6 Hijau
01-05/04/2013

6 Biru
01-05/04/2013

6 Merah
01-05/04/2013

6 Kuning
01-05/04/2013

5 Hijau
08-12/04/2013

5 Biru
08-12/04/2013

5 Merah
08-12/04/2013

5 Kuning
08-12/04/2013

4 Hijau
15-19/04/2013

4 Biru
15-19/04/2013

4  Merah
15-19/04/2013

4  Kuning
15-19/04/2013
Mei
1 Hijau
29/4 – 03/05/2013

1 Biru
29/4 – 03/05/2013

1 Merah
29/4 – 03/05/2013

1 Kuning
29/4 – 03/05/2013

2 Hijau
06-10/05/2013

2 Biru
06-10/05/2013

2 Merah
06-10/05/2013

2 Kuning
06-10/05/2013

3 Hijau
13-17/05/2013

3 Biru
13-17/05/2013

3  Merah
13-17/05/2013

3  Kuning
13-17/05/2013

Cara Mengajar Al-quran



1)      Sebaik-baiknya guru menggunakan kaedah yang paling mudah dan paling ringkas supaya dapat diterima oleh semua tahap sama ada yang sudah ada sedikit pengetahuan atau langsung tiada pengetahuan ;
 
2)      Dipermulaan kelas guru seharusnya memperjelaskan matlamat dan tujuan mempelajari al-Quran kerana ada yang menghadiri kelas al-Quran semata-mata ingin memperolehi sekeping sijil atau menempa nama dan ada juga yang datang ke kelas tanpa ada matlamat yang jelas yang hanya bergantung penuh kepada apa mahu diajar oleh guru. Ini bermakna bukan menuntut ilmu tetapi semata-mata menerima ilmu;
 
3)      Bagi memastikan guru yang mengajar bukan dari yang sembarangan,  maka pastikan guru tersebut mampu mengajar kaedah dan cara-cara membetulkan sebutan huruf bagi menepati sifat bacaan, memperelokkan bacaan nun sakinah, tanwin, mim sakinah, panjang pendek bacaan dan sebagainya berpandukan kepada sebab, bukan berpandukan kepada nama hukum sebagaimana kaedah pengajaran al-Quran yang diamal sekarang yang lebih kepada pengertian hukum dan bukan lebih kepada pelaksanaan  membaca serta ujian peperiksaan kerana . tiada guru lulus dalam peperiksaan sedang hakikatnya tidak mampu membac al-Quran. Sekalipun belajar al-Quran berkali-kali namun masih belum ada keyakinan untuk membaca secara bersendirian; 
 
4)      Seorang guru al-Quran mestilah tahu berbahasa arab supaya dapat menerangkan tempat yang harus dan tidak harus diwaqafkan, serta harus dan tidak harus untuk memulakan bacaan setelah diwaqafkan kerana ada yang waqaf ibtida sesuka hati. Sekalipun tidak tahu berbahasa arab, sekurang-kurangnya seorang yang telah tamat membaca al-Quran 30 juzu dan mewarisi waqaf ibtida dari seorang guru, lalu waqaf ibtida tersebut dapat diwarisi dari jenerasi ke jenerasi yang lain; 
 
5)      Sebaik-baiknya pelajari al-Quran dari seorang guru yang menghafal al-Quran, sekurang-kurangnya seorang guru  yang memelihara dan menjaga  al-Quran dengan membacanya setiap hari  ;  
 
Dalam suasana masyarakat memerlukan ilmu pengetahuan dan sebagainya, kualiti ilmu dan kemahiran mengajar wajib dititik beratkan agar tiada pihak yang teranaya dan diambil kesempatan di atas kelemahan yang ada

PELAKSANAAN PROGRAM JQAF 2013


BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERTAS MAKLUMAN

PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TAHUN 2013

TUJUAN

1.            Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk memaklumkan kepada ahli mesyuarat pelaksanaan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah untuk tahun 2013.

LATAR BELAKANG

2.            Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Kali Ke-201 Bil. 04/2012 bertarikh 2 Oktober 2012 telah bersetuju untuk melaksanakan Program j-QAF di semua sekolah rendah pada tahun 2013.

3.            Sehingga tahun 2012 sebanyak 4875 buah sekolah rendah telah melaksanakan Program j-QAF.  Baki sekolah yang layak tetapi belum melaksanakan Program j-QAF pada tahun 2013 adalah sebanyak 2053 buah sekolah (rujuk Lampiran A).

4.            Jumlah keperluan guru j-QAF (GJQ) yang perlu diisi bagi memenuhi keperluan unjuran guru tahun 2013 ialah sebanyak 3,834 orang. Sebanyak 927 buah sekolah akan dibekalkan guru j-QAF, manakala sebanyak 1,126 buah sekolah akan melaksanakan program tersebut dengan menggunakan tenaga Guru Penolong Agama (GPA) sedia ada di sekolah (rujuk Lampiran B).

PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN

5.            Proses pengambilan dan penempatan guru pelatih Program j-QAF untuk pengisian tahun 2013 dan pelaksanaan Program j-QAF dengan menggunakan tenaga GPI sedia ada di sekolah.




5.1.        Pendaftaran Guru Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG)

a.    Guru LPBS j-QAF akan mendaftar di IPG pada 17 hingga 21 Disember 2012 sebagai interaksi pertama di IPG masing-masing.
b.    Pegawai j-QAF negeri akan dijemput oleh pihak IPG untuk memberi taklimat berkaitan pelaksanaan Program j-QAF dan mekanisme penyerahan surat penempatan di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pada 2 Januari 2013 kepada guru LPBS j-QAF.

5.2.        Penempatan Guru ke Sekolah

a.    Guru LPBS j-QAF akan ditempatkan ke sekolah pada 2 Januari 2012 dan dikehendaki mendapatkan surat penempatan di JPN masing-masing. Oleh itu, pihak Sektor pendidikan Islam (SPI) JPN bersama dengan Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) dikehendaki mengatur proses penyerahan surat kepada calon.
b.    Pihak JPN dicadangkan agar mengadakan sesi taklimat kepada guru LPBS j-QAFsebelum mereka ke sekolah.

5.3.        Makluman Kepada Pihak Sekolah

a.    Surat siaran berkaitan pelaksanaan program j-QAF akan dihantar kepada JPN sebelum penempatan guru LPBS j-QAF ini di sekolah.
b.    Pihak JPN dicadangkan mengadakan sesi taklimat kepada pihak sekolah dalam tempoh 24 – 28 Disember 2012.
c.    Antara perkara yang boleh ditaklimatkan adalah berkenaan pelaksanaan Program j-QAF 2013 di semua sekolah rendah dari Tahun 1 hinggaTahun 6 dengan bekalan GJQ atau menggunakan tenaga GPI sedia ada di sekolah.
d.    Perkara lain yang boleh dimaklumkan adalah beberapa perubahan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Task Force j-QAF pada 14 Disember 2012 berkaitan program ini.

5.4.        Pelaksanaan Program j-QAF 2013

a.    Program j-QAF dilaksana di semua sekolah rendah, dariTahun 1 hinggaTahun 6 seperti di Lampiran C:

5.5.        Latihan Guru Sedia Ada

a.    Sekolah yang mempunyai bilangan murid yang beragama Islam kurang daripada 30 orang (satu sekolah) tidak akandihantar GJQ.
b.    GPI sedia ada hanya mengajar Model Khatam al-Quran, Model Tasmik dan Model Kem Bestari Solat kerana model-model ini dapat dilaksanakan tanpa latihan khusus.
c.    Guru-guru ini akan diberi pendedahan Program j-QAF selewat-lewatnya pada Mac 2013.

6.            Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Program j-QAF Bil 2/2012 bertarikh 14 Disember 2012 yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) yang berbahagia Tuan Haji Sufa’at bin Tumin telah memutuskan perkara berikut;

6.1.        PelaksanaanPenilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) untuk Program
j-QAF boleh diteruskan. Surat Siaran KPM Bil.20 Tahun 2012 yang telah memansuhkan peperiksaan setara mulai 1 Januari 2013 hanya terpakai bagi peperiksaan setara kelolaan JPN Negeri sahaja.

6.2.        Berikutan wujud kekangan berkaitan pelaksanaan Model Bahasa Arab di SJKC / SJKT, pihak KPM mencadangkan agar mewujudkan modul Integrasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab khusus untuk SJKC dan SJKT. Buat masa ini Model Bahasa Arab di SJKC / SJKT masih dikekalkan. Bagi sekolah yang boleh melaksanakan model ini, maka pelaksanaannya wajar diteruskan.

6.3.        GJQ yang telah dilantik boleh diganti kerana mereka terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

6.4.        Agihan waktu Pendidikan Islam Tahun 1 hinggaTahun 6 adalah sama sepanjang tahun seperti KSSR (3 waktu Quran, 2 Ulum, 1 Jawi) di Sekolah Kebangsaan (SK) dan SJKC / SJKT (2 Quran, 1 Ulum, 1 Jawi). Oleh yang demikian, pelaksanaan 6 bulan pertama dan 6 bulan kedua adalah dimansuhkan.

6.5.        Kaedah kolaboratif dalam program j-QAF adalah seperti berikut:

a.    Ulum Syariah hanya melibatkan GPI sahaja yang mengajar.
b.    P&P Khatam Al-Quran melibatkan GPI bersama seorang(1) atau dua (2) GJQ.
c.    P&P Pemulihan Jawi yang dikendalikan oleh GJQ hendaklah dilaksanakan serentak dengan P&P Jawi yang dikendalikan oleh GPI bagi kelas yang perlu sahaja.

6.6.        GJQ sepatutnya tidak dibenarkan menukar opsyen kepada Guru Media atau jawatan luarnorma yang lain. Pihak JPN negeri diminta melaporkan jumlah GJQ sejak tahun 2005 yang telah bertukar opsyen di samping jumlah mereka yang telah bertugas di PPD, JPN, KPM dan MSD.


PENUTUP

7.            Ahli mesyuarat dengan hormatnya dipohon mengambil maklum tentang  pelaksanaan Program j-QAF tahun 2013.


Disediakan oleh,


Unit Program j-QAF, KKQ dan Prasekolah
Sektor Operasi Pendidikan Islam
Bahagian Pendidikan Islam

17 Disember 2012