Monday, April 8, 2013

Cara Mengajar Al-quran



1)      Sebaik-baiknya guru menggunakan kaedah yang paling mudah dan paling ringkas supaya dapat diterima oleh semua tahap sama ada yang sudah ada sedikit pengetahuan atau langsung tiada pengetahuan ;
 
2)      Dipermulaan kelas guru seharusnya memperjelaskan matlamat dan tujuan mempelajari al-Quran kerana ada yang menghadiri kelas al-Quran semata-mata ingin memperolehi sekeping sijil atau menempa nama dan ada juga yang datang ke kelas tanpa ada matlamat yang jelas yang hanya bergantung penuh kepada apa mahu diajar oleh guru. Ini bermakna bukan menuntut ilmu tetapi semata-mata menerima ilmu;
 
3)      Bagi memastikan guru yang mengajar bukan dari yang sembarangan,  maka pastikan guru tersebut mampu mengajar kaedah dan cara-cara membetulkan sebutan huruf bagi menepati sifat bacaan, memperelokkan bacaan nun sakinah, tanwin, mim sakinah, panjang pendek bacaan dan sebagainya berpandukan kepada sebab, bukan berpandukan kepada nama hukum sebagaimana kaedah pengajaran al-Quran yang diamal sekarang yang lebih kepada pengertian hukum dan bukan lebih kepada pelaksanaan  membaca serta ujian peperiksaan kerana . tiada guru lulus dalam peperiksaan sedang hakikatnya tidak mampu membac al-Quran. Sekalipun belajar al-Quran berkali-kali namun masih belum ada keyakinan untuk membaca secara bersendirian; 
 
4)      Seorang guru al-Quran mestilah tahu berbahasa arab supaya dapat menerangkan tempat yang harus dan tidak harus diwaqafkan, serta harus dan tidak harus untuk memulakan bacaan setelah diwaqafkan kerana ada yang waqaf ibtida sesuka hati. Sekalipun tidak tahu berbahasa arab, sekurang-kurangnya seorang yang telah tamat membaca al-Quran 30 juzu dan mewarisi waqaf ibtida dari seorang guru, lalu waqaf ibtida tersebut dapat diwarisi dari jenerasi ke jenerasi yang lain; 
 
5)      Sebaik-baiknya pelajari al-Quran dari seorang guru yang menghafal al-Quran, sekurang-kurangnya seorang guru  yang memelihara dan menjaga  al-Quran dengan membacanya setiap hari  ;  
 
Dalam suasana masyarakat memerlukan ilmu pengetahuan dan sebagainya, kualiti ilmu dan kemahiran mengajar wajib dititik beratkan agar tiada pihak yang teranaya dan diambil kesempatan di atas kelemahan yang ada

No comments:

Post a Comment