Monday, April 8, 2013

PELAKSANAAN PROGRAM JQAF 2013


BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERTAS MAKLUMAN

PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TAHUN 2013

TUJUAN

1.            Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk memaklumkan kepada ahli mesyuarat pelaksanaan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah untuk tahun 2013.

LATAR BELAKANG

2.            Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Kali Ke-201 Bil. 04/2012 bertarikh 2 Oktober 2012 telah bersetuju untuk melaksanakan Program j-QAF di semua sekolah rendah pada tahun 2013.

3.            Sehingga tahun 2012 sebanyak 4875 buah sekolah rendah telah melaksanakan Program j-QAF.  Baki sekolah yang layak tetapi belum melaksanakan Program j-QAF pada tahun 2013 adalah sebanyak 2053 buah sekolah (rujuk Lampiran A).

4.            Jumlah keperluan guru j-QAF (GJQ) yang perlu diisi bagi memenuhi keperluan unjuran guru tahun 2013 ialah sebanyak 3,834 orang. Sebanyak 927 buah sekolah akan dibekalkan guru j-QAF, manakala sebanyak 1,126 buah sekolah akan melaksanakan program tersebut dengan menggunakan tenaga Guru Penolong Agama (GPA) sedia ada di sekolah (rujuk Lampiran B).

PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN

5.            Proses pengambilan dan penempatan guru pelatih Program j-QAF untuk pengisian tahun 2013 dan pelaksanaan Program j-QAF dengan menggunakan tenaga GPI sedia ada di sekolah.




5.1.        Pendaftaran Guru Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG)

a.    Guru LPBS j-QAF akan mendaftar di IPG pada 17 hingga 21 Disember 2012 sebagai interaksi pertama di IPG masing-masing.
b.    Pegawai j-QAF negeri akan dijemput oleh pihak IPG untuk memberi taklimat berkaitan pelaksanaan Program j-QAF dan mekanisme penyerahan surat penempatan di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pada 2 Januari 2013 kepada guru LPBS j-QAF.

5.2.        Penempatan Guru ke Sekolah

a.    Guru LPBS j-QAF akan ditempatkan ke sekolah pada 2 Januari 2012 dan dikehendaki mendapatkan surat penempatan di JPN masing-masing. Oleh itu, pihak Sektor pendidikan Islam (SPI) JPN bersama dengan Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) dikehendaki mengatur proses penyerahan surat kepada calon.
b.    Pihak JPN dicadangkan agar mengadakan sesi taklimat kepada guru LPBS j-QAFsebelum mereka ke sekolah.

5.3.        Makluman Kepada Pihak Sekolah

a.    Surat siaran berkaitan pelaksanaan program j-QAF akan dihantar kepada JPN sebelum penempatan guru LPBS j-QAF ini di sekolah.
b.    Pihak JPN dicadangkan mengadakan sesi taklimat kepada pihak sekolah dalam tempoh 24 – 28 Disember 2012.
c.    Antara perkara yang boleh ditaklimatkan adalah berkenaan pelaksanaan Program j-QAF 2013 di semua sekolah rendah dari Tahun 1 hinggaTahun 6 dengan bekalan GJQ atau menggunakan tenaga GPI sedia ada di sekolah.
d.    Perkara lain yang boleh dimaklumkan adalah beberapa perubahan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Task Force j-QAF pada 14 Disember 2012 berkaitan program ini.

5.4.        Pelaksanaan Program j-QAF 2013

a.    Program j-QAF dilaksana di semua sekolah rendah, dariTahun 1 hinggaTahun 6 seperti di Lampiran C:

5.5.        Latihan Guru Sedia Ada

a.    Sekolah yang mempunyai bilangan murid yang beragama Islam kurang daripada 30 orang (satu sekolah) tidak akandihantar GJQ.
b.    GPI sedia ada hanya mengajar Model Khatam al-Quran, Model Tasmik dan Model Kem Bestari Solat kerana model-model ini dapat dilaksanakan tanpa latihan khusus.
c.    Guru-guru ini akan diberi pendedahan Program j-QAF selewat-lewatnya pada Mac 2013.

6.            Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Program j-QAF Bil 2/2012 bertarikh 14 Disember 2012 yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) yang berbahagia Tuan Haji Sufa’at bin Tumin telah memutuskan perkara berikut;

6.1.        PelaksanaanPenilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) untuk Program
j-QAF boleh diteruskan. Surat Siaran KPM Bil.20 Tahun 2012 yang telah memansuhkan peperiksaan setara mulai 1 Januari 2013 hanya terpakai bagi peperiksaan setara kelolaan JPN Negeri sahaja.

6.2.        Berikutan wujud kekangan berkaitan pelaksanaan Model Bahasa Arab di SJKC / SJKT, pihak KPM mencadangkan agar mewujudkan modul Integrasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab khusus untuk SJKC dan SJKT. Buat masa ini Model Bahasa Arab di SJKC / SJKT masih dikekalkan. Bagi sekolah yang boleh melaksanakan model ini, maka pelaksanaannya wajar diteruskan.

6.3.        GJQ yang telah dilantik boleh diganti kerana mereka terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

6.4.        Agihan waktu Pendidikan Islam Tahun 1 hinggaTahun 6 adalah sama sepanjang tahun seperti KSSR (3 waktu Quran, 2 Ulum, 1 Jawi) di Sekolah Kebangsaan (SK) dan SJKC / SJKT (2 Quran, 1 Ulum, 1 Jawi). Oleh yang demikian, pelaksanaan 6 bulan pertama dan 6 bulan kedua adalah dimansuhkan.

6.5.        Kaedah kolaboratif dalam program j-QAF adalah seperti berikut:

a.    Ulum Syariah hanya melibatkan GPI sahaja yang mengajar.
b.    P&P Khatam Al-Quran melibatkan GPI bersama seorang(1) atau dua (2) GJQ.
c.    P&P Pemulihan Jawi yang dikendalikan oleh GJQ hendaklah dilaksanakan serentak dengan P&P Jawi yang dikendalikan oleh GPI bagi kelas yang perlu sahaja.

6.6.        GJQ sepatutnya tidak dibenarkan menukar opsyen kepada Guru Media atau jawatan luarnorma yang lain. Pihak JPN negeri diminta melaporkan jumlah GJQ sejak tahun 2005 yang telah bertukar opsyen di samping jumlah mereka yang telah bertugas di PPD, JPN, KPM dan MSD.


PENUTUP

7.            Ahli mesyuarat dengan hormatnya dipohon mengambil maklum tentang  pelaksanaan Program j-QAF tahun 2013.


Disediakan oleh,


Unit Program j-QAF, KKQ dan Prasekolah
Sektor Operasi Pendidikan Islam
Bahagian Pendidikan Islam

17 Disember 2012



























No comments:

Post a Comment